MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Ahad, 15 Ogos 2010

GULAI DAGING SALAI

Salam hujung minggu hari ni saya masak menu favorite cik abang apa lagi kalau bukan gulai lomak daging salai . Saya dapat daging salai ni masa balik kampung semalam dan mak yang buat sendiri ni daging salai ni.
Kali ni saya masukkan lagi resepi gulai daging salai ni walaupun sebelum ni dah banyak kali saya buat n3 resepi ni bukannya apa masakkan ni ada keistimewaannya tersendiri bau aroma "smoke" daging yang dimasak mesra dengan bahan-bahan lain . Tu belum rasa daging ni yang lembut dengan kuah santan pekat yang sangat lah sedap .
Bahan yang digunakan untuk masak resepi ni tak banyak tapi ada cara nak masak menu ni supaya "menjadi" macam mak masak . Perlu pastikan guna santan pekat , kunyit hidup mesti fresh dan tengah elok tak terlalu tua , serai kena banyak , cili api burung dan semestinya daging salai yang fresh . Masakan ni tak guna bawang merah atau bawang putih memang kebiasaan la menu gulai dari Negeri Sembilan tak ada bawang langsung manis kuahnya datang dari santan yang fresh dan pekat...
Gulai daging salai dengan ubi kentang
BAHAN-BAHAN :
1 kilo daging lembu salai
4-5 cawan santan pekat
6 biji ubi kentang-dikupas kulit dan dibelah 4
6 batang serai- dititik
BAHAN DITUMBUK LUMAT :
10 biji cili api
2 inci kunyit hidup
Garam kasar secukup rasa
* kalau kurang kuah boleh la ditambah santan lagi
CARA MEMASAK :
Potong daging pada saiz yang sesuai dan bersihkan serta diketepikan dulu . Masukkan semua bahan tumbuk , serai yang dititik , semua santan dan sekeping asam keping . Letak di atas api dapur biarkan sehingga kuah mendidih dan terus dimasukkan semua daging serta ubi kentang . Sekali sekala kacau kuah supaya tak pecah minyak .
Bila ubi kentang sudah masak dan menjadi empuk boleh dimasukkan garam serta dikacau kuah , biar sebentar dan boleh la ditutup api dapur .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan