MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Selasa, 10 Ogos 2010

BUAH MANGGIS SEDAP NI..

agi cerita kami di kampung...
Kali ni gambar saya dan suami kutip buah manggis pulak . Saya memang cukup suka makan buah manggis so bila nampak je buah manggis yang masak kat pokok memang saya seronok sangat la .
Nak ambil buah ni ada caranya kena pakai galah buluh yang panjang dan kita kena pukul kat ranting atau buah manggis yang dah masak tu . Kalau buah yang dah masak tu senang je kita pukul sikit je dah jatuh . Bila suami dah penat saya pula take over pukul buah manggis ni..

En. suami tengah sibuk pukul buah manggis nasib la pokoknya tak tinggi sangat kalau tak penat juga dok mendongak nak tengok kat mana buah manggis ni tapi saya suka pengalaman nak kait buah manggis ni trill sangat bila buah yang saya pukul tu jatuh dan anak-anak belari kutip teringat masa saya kecil dulu macam tu la juga jadi tukang kutip buah...


Nampak tak buah manggis yang color gelap-gelap tu kalau yang hijau tu tak masak lagi , sapa yang tak bersemangat nak pait buah manggis kalau nampak buah banyak macam ni kalau kat Kl ni buah manggis mahal sangat dan belum tentu fresh....


Kalau buah manggis yang kat ranting yang rendah saya kutip sendiri memang best sangat dan memang jadi pengalaman baru buat saya sebab kat masa saya kecil dan tinggal di Jitra saya tak pernah jumpa pokok manggis ni .


Dekat pokok manggis ni ada 2 batang pokok cempedak yang tengah berbuah lebat juga dan ada buah yang dah masak tapi di sebabkan pokoknya tinggi sangat so tak terdaya la kami nak kutip nak buat macam mana tak pe la bagi monyet atau burung yang makan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan