MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Rabu, 11 Ogos 2010

SAMBAL KICAP


Sambal kicap memang senang sangat nak di buat dan bahan yang digunakan pun serba ringkas kalau ada cili api dengan kicap saja pun dah boleh di buat sambal kicap ni . Saya dah tambah beberapa bahan lain dalam sambal kicap ni untuk ikut selera saya sendiri la . Saya suka guna banyak bawang besar sebab bila makan tu saya suka rasa bawang yang ranggup dan bawang ni akan keluarkan airnya sendiri yang menyedapkan lagi sambal kicap ni . Kali ni saya bagi resepi sambal kicap saya ni ya kalau nak cuba sila kan la...


Sambal kicap yang sedap dimakan dengan ikan panggang

BAHAN-BAHAN :

2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih- dititik bagi hancur
8-10 biji cili api-dititik bagi hancur
Sedikit belacan yang dibakar
Kicap manis secukupnya
Sedikit jus limau nipis-secukup rasa

CARA PENYEDIAAN :

- Kupas semua bawang merah dan dimayang nipis-nipis . Titikkan semua bawang putih dan cili api . Masukkans emua bahan-bahan ini dalam mangkuk dan satukan bahan-bahan lain macam belacan serta kicap akhir sekali masukkan jus limau nipis secukup rasa . Gaul dan kacaus emua bahan-bahan sehingga cukup mesra.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan