MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Rabu, 18 Ogos 2010

KOBIS TUMIS UDANG KERING

Satu lagi menu sayur simple yang saya suka masak , saya tumis dengan udang kering . Memang sedap dan mudah sangat nak masak menu sayur ni dan udang kering yang ditumis garing akan memberi aroma bau dan rasa yang sangat enak kepada menu ni . Selalu kalau goreng sayur kobis saya hanya masak dengan sekejap saja untuk kekalkan kesegaran dan keranggupan sayur ni.


BAHAN-BAHAN :

Separuh sayur kobis - sederhana besar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1 cawan air
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

Segenggam udang kering-direndam
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

* boleh juga ditambah sebiji telur semasa proses awal menumis serta sedikit cili api jika nak pedas

CARA MEMASAK :

Bersihkan sayur kobis dan potong ikut cita rasa.

Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan tumbuk , goreng sehingga terbit bau wangi . Masukkan sos tiram dan minyak bijan kemudian masukkan sayur kobis serta garam secukup rasa . Kacau jika agak kering baru la dimasukkan sedikit air dan bila sayur kobis menjadi layu boleh la ditutup api .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan