MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Khamis, 26 Ogos 2010

KURMA TELUR

Menu kurma ni sedap dimakan dengan sambal belacan atau sambal tumis sebab rasa pedas masam sambal belacan bila disatukan rasa lemak kuah kurma memang kena sangat serta sangat laa sedap .
Kali ni saya masak kurma tanpa guna santan atau susu , saya guna buah keras yang ditumbuk lumat untuk memberi rasa lemak pada kuah kurma ni kalau nak lagi sedap guna la buah gajus yang ditumbuk juga. Kalau nak cukup lemak guna la santan dan memang sedap sangat la kuah kurma yang kita masak nanti.

BAHAN-BAHAN :
8 biji telur ayam-direbus
4 biji ubi kentang yg besar
5 biji buah keras-ditumbuk lumat
1 peket rempah kurma
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kayu manis - 1 batang je
3 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
Sedikit air
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1) Kupas bawang , halia dan dimayang halus kemudian tumis semua bawang bersama kayu manis, bunga lawang dan cengkih sehingga terbit bau wangi.

2) Campurkan rempah kurma dengan sedikit air. Bila bawang sudah layu , masukkan rempah kurma dan terus kacau sehingga rempah kurma masak dan terbit minyak .

3) Kemudian masukkan semua buah keras yang ditumbuk lumat kacau sekejap dan terus masukkan air secukupnya . Masukkan semua ubi kentang dan biarkan kuah mendidih sekejap . Masukkan semua telur ayam yang sudah dikelar-kelar dan kacau supaya semua bahan mesra.

4) Masukkan garam secukup rasa dan kacau kuah sekali-sekala dan bila ubi kentang dah empuk boleh la ditutup api dapur .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan