MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Rabu, 11 Ogos 2010

CUPCAKE APPLE


Cupcake apple special request dari Aisyah untuk juadah berbuka puasa nanti..
Cupcake apple

Cupcake yang ni saya tak tabur coklat chips..

BAHAN-BAHAN:

1 cawan butter-suhu bilik
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula
3 biji telur
1/2 biji apple
1 sudu besar jus lemon
1 sudu besar serbuk kulit kayu manis
1/2 cawan susu

CARA MEMASAK:

1) Kupas kulit buah apple dan potong apple ni menjadi kiub kecil . Masukkan semua buah apple bersama serbuk kulit kayu manis serta jus lemon kedalam mangkuk , kacau semua bahan-bahan ini sehingga sebati biarkan seketika.
2)Pukul gula , telur dengan butter sampai kembang kemudian masukkan susu dan tepung . Pukul lagi adunan ni untuk lagi 2 minit dan masukkan buah apple tadi kacau sehingga semua adunan mesra .
3)Bila dah siap adunan boleh la dimasukkan la semua ke dalam bekas cup cake dan bakar dalam oven selama 20 minit dengan suhu 160' celsius atau sehingga kek masak .
**Panaskan oven dulu selama 5 minit dgn suhu 160' selsius

cupcake yang ditabur dengan coklat cip dan sudah siap untuk dibakar...

3 ulasan:

  1. nannie..

    susu tu susu ape ye? susu pekat? susu cair?
    apple tu pulak tak payah mash ke?

    sorry soalan orang tak reti memasak :p

    BalasPadam