MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Ahad, 15 Ogos 2010

BETIK MUDA TUMIS SANTAN


Masakan tradisi di kampung suami saya yang sangat sedap...
Betik tumis santan
Saya jarang dapat masak menu ni sebab susah juga nak cari betik muda yang sesuai untuk resepi ni . Saya dapat buah betik ni masa kami sekeluarga pegi rumah wan pada suami saya dan bila saya nampak betik yang baru nak masak ni terus saya teringat menu betik tumis santan ni , resepi ringkas juga tapi sangat enak .
Perlu guna minyak yang agak banyak untuk menumis serta hati ayam mesti la digoreng garing baru la "menjadi" resepi ni...
BAHAN-BAHAN :

1 biji buah betik yang baru nak masak
4 ketul hati ayam
1-2 cawan santan pekat
1 keping asam keping
2 serai-dititik
Garam secukup rasa

BAHAN DI TUMBUK LUMAT :

10 biji bawang merah
4 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :

Pilih buah betik yang baru nak masak isinya masih rapuh dan tidak manis . Bersih dan kupas buah betik kemudian disagat kecil-kecil memanjang .

Bersih dan potong kecil-kecil hati ayam kemudian digoreng sampai garing . Angkat dan tos hati ayam ni dan ketepikan dulu.

Panaskan 1/2 cawan minyak dan tumiskan bahan-bahan tumbuk serta serai sampai terbit bau wangi kemudian masuk santan pekat serta hati ayam tadi . Masukkan semua betik sagat tadi serta asam keping dan kacau semua bahan . Masukkan garam dan kacau bila betik dah layu serta masak boleh la di tutup api dapur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan