MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Isnin, 23 Ogos 2010

AYAM MASAK MERAH


Ayam masak merah untuk dimakan dengan nasi tomato..

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu tomato sos
4 sudu cili sos
Garam dan gula secukup rasa
Daun sup/bawang untuk hiasan

BAHAN-BAHAN DIKISAR :

5 biji cili kering
6 biji bawang merah
3 biji ulas bawang putih yang besar
4 cm halia
4 batang serai

CARA MEMASAK :

-Semua bahan-bahan dikisar perlu dipotong kecil-kecil . Cili kering perlu direbus dahulu atau direndam dalam air panas supaya menjadi lembut dan mudah dikisar.

- Ayam dibersihkan kemudian dipotong dan digaul dengan garam dan kunyit . Panaskan 2 cawan minyak dan goreng ayam sehingga masak dan sedikit garing.

-Panaskan 3 sudu besar minyak dan tumiskan bahan-bahan dikisar lumat serta serai . Masukkan gula, garam , cili/tomato sos dan kacau lagi . Biar sambal masak sampai pecah minyak dan menjadi wangi.

-Kemudian masukkan ayam ke dalam sambal dan gaul rata sampai mesra . Terus mengacau untuk 10 minit lagi dan tabur daun sup/bawang ke atas ayam dan boleh la dimatikan api dapur.

4 ulasan:

  1. kak..tukr juadah ayam la kite..sedap nih..boleh cube plak masak mcm ni

    BalasPadam
  2. ye ke ok la tu masak merah ni makan dgn nasi putih pn sodap

    BalasPadam
  3. Nampak mcm sedap aje ni. Biasanya klu buat mesti guna santan.

    BalasPadam
  4. menarik tu..mesti sodap hingga menjilat jari

    BalasPadam