MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Rabu, 11 Ogos 2010

KERUTUK AYAM

Ayam kerutuk untuk juadah berbuka hari ni..

BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam- potong 12
3 sudu besar rempah kari
3 sudu besar rempah kurma
2 cawan santan
1 sudu besar gula merah
2 sudu besar kerisik
2 keping asam keping
1 inci kayu manis
2 biji bunga lawang

BAHAN DIKISAR HALUS :

4 biji buah keras
4 cm halia
4 cm lengkuas
3 batang serai
3 cm kunyit hidup
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

CARA MEMASAK :

1. Tumis semua bahan kisar sehingga garing kemudian masukkan bunga lawang/kayu manis kacau sekejap . Masukkan rempah yang sudah dibancur dengan sedikit air . Kacau sehingga sebati dan rempah masak serta terbit minyak .

2. Masukkan ayam , kerisik , garam gula dan santan serta kacau semua bahan sehingga sebati . Biarkan sehingga mendidih dan kacau ayam sekali-sekala dan biarkan sehingga ayam masak . Sedap dimakan bersama nasi atau roti...

4 ulasan:

  1. Nampak best jer kerutuk ayam ni..tak pernah cuba lagi..mcm rendang jugaklah yer..salin respi dulu ler...

    BalasPadam
  2. kerutuk ayam ni bukan saja nampak best tapi mmg sodap rupanya macam rendang tapi rasanya lain sikit cuba la

    BalasPadam
  3. sy pun ingt nk try laa..nmpk cm sedap je!! terliuh ni..hihi

    BalasPadam
  4. try jgn tak try pada selera saya , suami dan anak-anak mmg sedap dan agak mudah nak masak resepi ni

    BalasPadam