MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Isnin, 9 Ogos 2010

NASI GORENG KICAP


Hari Jumaat sampai Ahad lepas kami sekeluarga balik kampung kena pula sekarang ni tengah musim buah-buahan kat kampung suami saya tu . Sepanjang jalan dari kampung Pantai sampai la ke pekan Kuala Klawang pemandangan cantik sangat buah rambutan tengah masak ranum ada warna merah dan kuning . Buah langsat dan buah manggis pun sama tengah musim sekarang ni .
Masa kat kampung selalunya kalau ada nasi semalam memang saya akan masak buat nasi goreng dan kali ni saya masak nasi goreng kicap yang sangat simple tapi sodap hmm yummy....


BAHAN-BAHAN:

6 cawan nasi
2 cawan isi ikan goreng semalam
2 biji telur
Kicap secukup rasa

BAHAN-BAHAN DITUMBUK HALUS:

4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis ( direndam dahulu )

* kalau nak pedas boleh ditambah cili api

CARA MEMASAK :

1) Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai terbit bau harum .

2) Masukkan isi ikan goreng serta kacau sekejap kemudian masukkan 2 biji telur dan kacau semua bahan menjadi rata .

3) Masukkan semua nasi yang telah dilerai-leraikan tadi dan kacau sehingga semua bahan menjadi mesra . Masukkan kicap secukup rasa dan terus kacau untuk 5 minit lagi sehingga nasi menjadi agak kering dan boleh la ditutup api dapur.

1 ulasan: